PENYANYI Indonesia Ayu Ting Ting mengalami kecederaan di bahagian buku lali kaki kirinya ketika sedang membuat latihan koreografi  Memetik laporan , Ayu berkata dia sudah beberapa kali cedera di bahagian yang sama dan sukar untuk sembuh  Biarpun dalam keadaan masih cedera namun dia tetap aktif bersukan bersama rakan-rakannya  “Saya sudah beberapa kali cedera di bahagian buku lali kaki dan memang sukar untuk sembuh  “Saya dan rakan-rakan masih lagi aktif dalam bersukan. Sudah hampir tiga bulan kami akan bermain badminton seminggu sekali,” katanya